Tips [Youtube] : How to fix "this video is not available on your country"

Assalamualaikum wbt



Hari ini Ieka nak share something yang menarik untuk korang sama ada korang dah tahu apa benda yang Ieka nak share ataupon ada yang belum tahu. Tak apa yang belum tahu bolehlah fokus sampai habis apa yang Ieka cuba nak membebel ni hahaha.

Baiklah secara jujurlah ada tak dikalangan readers mempunyai masalah apabila tidak dapat play video di YOUTUBE sebab dia keluar binatang ni.. 


Sebelum Ieka terlupa cara ini sesuai untuk smartphone dan bagi laptop Ieka belum cuba lagi tak apa nanti kalau menjadi Ieka akan share next entry ok?


Kenapa dia jadi begini? kekadang sakit hati jugalah sebab video yang kita excited nak tengok tetiba kena block. Haa kenapa dia jadi macam ni? Merujuk kefahaman Ieka...

Ada sesetengah negara yang block IP negara (Malaysia) kita untuk mengelakkan sebarang masalah..

Seterusnya macam mana kita nak buka YOUTUBE tadi dengan menggunakan VPN? 

1) Pergi dekat Playstore (android user) , taktahu bagi apple user ada ke tak. Boleh cari OPERA VPN


kalau jumpa yang macam dalam gambar boleh terus install 

2) Dah siap install boleh open application tersebut dan dia akan terus keluar pakcik pemalas kerja dia asyik nak tidur jee..


kan pemalas kan pakcik tu hehehe, baiklah kemudian korang bolehlah CONNECT dan dia akan keluar


ini ikut korang punya kelajuan internet if internet cepat dia akan cepat connecting..

3) Bila sudah connecting dia akan keluar macam ini


nampak tak perkataan "CHANGE REGION" haa dekat situ korang boleh tukar IP negara lain..



dia akan keluar popup macam gambar di atas, so korang bolehlah pilih negara yang benarkan access tersebut dengan merujuk YOUTUBE RESTRICTION CHECKER.

4) Pergi dekat recent tab korang bolehlah clear data youtube korang tadi


5) Kemudian korang boleh buka youtube balik dan terus pergi ke video yang korang nak tengok tadi


dan korang boleh layan dengan aman dan damai hehehe.

6) Sekiranya korang taknak guna lagi bolehlah off semula VPN korang tadi 




Baiklah setakat ini sahaja Ieka nak share dengan korang, kepada sesiapa yang tidak jadi nak buat bolehlah terus drop comment di bawah ataupun sama ada email Ieka di farhanahaziqah95@gmail.com