BEST ENTRY - 4th Years Anniversary


Assalamualaikum kalian semua


Dalam sedar separuh tak sedar usia blog Dunia IekaFarhana tepat masuk 4 tahun...
Semangat nak ada blog tu memang dah lama...
Now Ieka dapat blog Ieka sendiri hasil atas titik peluh mahsam mahsyen..
Tanpa membuang masa Ieka just nak review 3 best entry sepanjang 4 tahun ini ..

Nak tahu yang mana akan menjadi pilihan di hati?

Sila baca sampai habis yaa ...



"malas nak edit cuma cari gambar sekadar hiasan boleh?"




 https://3.bp.blogspot.com/-0cDD0k6vWzw/VdHZJRaYmfI/AAAAAAAAEX0/iJYoECs46uo/s640/1.png


Asal dengar perkataan 'pilot' mesti terbayang "woahhh mesti handsome and sado macam Zul Arrifin" kan? kan? tapi pada realiti disebaliknya. Apa yang korang baca dalam novel atau drama itu hanya imaginasi seorang pencerita yang hanya menghidupkan watak si hero. Dulu Ieka berangan-angan nak bersuamikan pilot, kelakar kan? tapi masa tu umur tak cukup matang nak fikir dan ada jee tiap hari kapal terbang nak lalu mesti Ieka cakap "jodoh aku dekat sanaa" sambil memandang langit dan memejam mata hahaha. Siapa tak nak kahwin dengan pilot kan? Orang gila pun nak Ieka rasa ... So bagi sesiapa nak baca cerita angan-angan mak jenin boleh laa click dekat gamba entry di atas..

 https://1.bp.blogspot.com/-mR62E4wRugg/VdHciQk-jMI/AAAAAAAAEYA/Iz8uE74dapg/s640/2.png


Sampai sekarang Ieka masih lagi takut dengan dua benda vakum dan mesin basuh manual. Kenapa fobia? boleh click gambar di atas untuk membaca kisah selanjutnya. Ieka ada tertinggal satu benda, fobia ayam. Dulu masa nak pergi sekolah tadika tunggu pakcik van datang then ada rumah india tu bela laa ayam, Ieka ni suka sergah ayam tau then tetiba ayam tu datang sambil nak patuk Ieka masa tu Ieka dah panjat pagar rumah sambil jerit "ibuuuu bukak pintu takut ayam.." yang Puan Ibu hanya melihat dari dalam sambil ketawa dan sejak dari haritu Ieka tak berani nak kacau ayam kalau makan ayam takde masalah haha. Last Ieka takut nak cross longkang sebabnya dulu masa sem 1 Ieka ni hyper sangat sampai tisu lutut terkoyak sejak haritu Ieka sentiasa hati-hati nak cross longkang iyelah takut pisang berbuah dua kali.


Last but not least ....

 https://1.bp.blogspot.com/-UKPk1AMEbyI/VdHfFKpBaEI/AAAAAAAAEYM/ouBOXNVpmA0/s640/3.png



Dulu-dulu masa lepasan SPM memang tak terbuka hati nak bekerja dan sekarang tengah praktikal so semangat nak bekerja tu lain. Mimpi dah jadi kenyataan sekarang kau duduklah depan laptop sampai biru sebab tiap hari tengok ip address bukan main coding hahaha. Bagi sesiapa yang nak baca kisah selanjutnya bolehlah click di gambar..

Alhamdulillah itu sahaja best entry sepanjang 4 tahun, Ieka pilih bukan ikut ranking viewers tapi pilih atas ikut hati sendiri hahaha.. Semoga Ieka terus kipidap dalam dunia blogging yang penuh cabaran kalau tersilap tulis silap haribulan kena masuk mahkamah.



Tips For Practical Student


Assalamualaikum dan selamat petang






Untuk makluman yang belum tahu atau sudah tahu (macam ada orang kesah) sekarang Ieka sedang menjalani latihan industri di salah satu jabatan kerajaan (ayat final report --) atau dalam bahasa pasarnya praktikal. 


Baiklah entry Ieka pada petang ini cuma nak kongsi pengalaman sebagai pelajar praktikal, mungkin tips ini boleh menjadikan panduan bagi yang bakal menjalani latihan industri tidak lama lagi so gaiss please be more alert. Tanpa membuang masa mari kita teruskan mukadimah kita pada petang ini :-


  • Menganggap latihan industri @ praktikal sebagai kerjaya sebenar
Elakkan daripada berfikiran begini "This is practical why must be serious? Gaji pun takde..", if you mindset for this mungkin kau orang sudah merosakkan your own plan to menambahkan pengalaman yang baru dalam masa yang sama kau orang sudah menolak tawaran pekerjaan di akan datang nanti. Tolong deadline dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan.


  • Bersikap ramah dan sentiasa bertegur dengan semua kakitangan
Nak berjaya kena mula bertegur sapa dengan kalangan pekerja bukannya orang datang dekat kau dulu. Walaupun kau orang sudah cuba berkomunikasi tapi sekiranya ada di antara staf memang sombong tolong abaikan atau fikir positif sahaja. If kau orang peramah mungkin lagi senang kau nak bergaul dengan mereka. Apa-apa pun expression face korang tu jangan sombong sangat kalau boleh senyum selalu,


Boleh kita meneruskan lagi?


  • Jangan merunggut dengan tugas yang diberi
Kebiasaannya pelajar praktikal ni bos atau supervisor akan bagi kerja mengikut tahap level kau belajar, then apa yang dia bagi kau kena buat jangan nak merunggut sana sini. Kalau Ieka memang suka ada kerja even kerja tu bukan ada kena mengena dengan study tapi dapat menghilang rasa bosan di ofis. So bila diberi tugasan kena bersyukur yaa jangan merunggut sana sini nanti tak berkat baru tahu.


  • Berpakaian kemas dan mengikut etika pemakaian
Hohoho.. ini benda basic yang kau orang kena ikut. Kalau dia suruh kau orang pakai baju kurung bagi perempuan pleaselah ikut bukannya kau pakai selain baju kurung sama juga lelaki. Sebab dengan berpakaian kemas dapat menilai seseorang itu macam mana if datang kerja pun serabai membai baik balik rumah tidur.


  • Rajin bertanya atau mencari mentor
Kenapa kena rajin bertanya? takkan kau orang nak duduk sambil goyang kaki sambil menunggu kerja datang bergolek dari langit. Inilah tips untuk mempelajari benda baru kena pandai ambil peluang if tak bertanya memang sesat jalan. Korang kena sentiasa tanya tiap hari sampai bos kau orang sendiri taktahu nak bagi kerja apa.

Rasanya itu sahaja kalau ada yang terkurang minta maaf dan goodluck kepada sesiapa yang bakal menjalani latihan industri.




Join Us Now [SIMPLE HIJAB - MODEST BEAUTY]



Assalamualaikum kalian


 https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/v/t1.0-9/1610942_928931463796635_2003602152168109528_n.jpg?oh=d7d15e0cda1d73779875ae4d6d0c2c36&oe=564C859A&__gda__=1446368111_84d903cbefbc9ece2e1fb6e7b4bd1d06


Baiklah ada berita baik bagi sesiapa ingin memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tidak mengapa. Jom sertai program affiliate SIMPLEHIJAB dan berpeluang untuk menjana pendapatan sampingan setiap bulan. Daftar sekarang anda boleh click gambar di atas atau pun boleh click SIMPLEHIJAB [Modest Beauty] .

Guys jangan risau kalau korang join SIMPLEHIJAB [Modest Beauty] ada keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate mereka sendiri :-

  1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
  2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
  3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
  4. Anda hanya perlu berkongsi URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah secara Whatsapp dan bersedia untuk menerima komisen.
  5. Anda berpeluang menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-reffered oleh anda ke sistem kami.
  6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk menerima komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.

So how senang kan? Apa yang korang tunggu lagi cepat-cepat lah join SIMPLEHIJAB [Modest Beauty] .

Apa yang menariknya lagi ?

  • Anda boleh meningkatkan komisen dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent mereka dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
  • CONTOH : Korang mengajak si Ana untuk menjadi agent. Maka korang akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si Ana membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya juga si Ana mengajak si Bedah menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekirangan si Bedah membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.

PERHATIAN


Buat masa ini, iaitu bermula daripada penghujung bulan bulan Julai 2015 sehingga pertengahan bulan September 2015 adalah fasa yang memfokuskan kepada pendaftaran affiliate agents. Sistem affiliate ini akan dilancarkan sepenuhnya iaitu pada pertengahan bulan September 2015. Ini bermakna jualan melalui ejen hanya akan bermula pada pertengahan bulan September 2015. Sekiranya anda sudah mendaftar, sila gunakan tempoh ini dengan sebaiknya dengan mengajak rakan-rakan anda untuk menjadi affiliate agent SIMPLEHIJAB dengan menggunakan unik URL / link yang disediakan di ruangan dashboard anda (http://simplehijab.co/account). Terima kasih.




F.SHOFWAH dan travelog page


Assalamualaikum kalian



Semenjak dua menjak ini Dunia Ieka Farhana kembali ceria setelah meninggalkan beberapa bulan tak berusik, bukan dah tak ada hati lagi nak menulis cuma masa yang ada tidak cukup untuk mengendalikan blog harian ini. Tanpa membebel dan membuang masa .. Mesti kau orang tertanya apa itu F.SHOFWAH (padahal takda orang kisah kot) ? Bagi yang curious nak tahu, Ieka akan mencerita sedikit mengenai F.SHOFWAH dan yang tak tahu boleh balik hahahaha (gurau).

Harini ada dua cerita nak bercerita tapi bagi kita habis cerita .....


F.SHOFWAH

F singkatan untuk Farhanah dan Shofwah nama yang sangat unik untuk didengar dan maknanya pun sangat menarik. Shofwah membawa maksud keikhlasan dalam cinta (dah ada nama untuk future daughter nanti hehehe) .

So dah faham apa itu F.SHOFWAH? lepasni akak tak payah menerangkan panjang lebar lagi dan maka berakhirlah cerita pertama kita yang serba ringkas.


Cerita keduaa........

TRAVELOG PAGE



coming soon .... tunggu




Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015



Assalamualaikum Kalian

dialu-alukan untuk menekan banner dibawah



Blog saya mengenai ....

Koleksi cerpen atas penulisan sendiri, share tips menarik dan review (travel, produk, etc).